My Pregnancy Countdown....

Wednesday, May 16, 2012

Hepi National Teacher Day...

Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru Malaysia...

Hari ini adalah hari anda... Selamat menyambutnya dengan gembira... Berhati-hati di jalan raya... Eh!!! Erkk!!!

SELAMAT HARI GURU khas buat guru-guru Pendidikan Khas di SK USJ 2 dan seluruh warga perguruan... Terima kasih sebab sudi menerima penghuni syurga yang telah di anugerahkan kepada saya menjadi salah seorang warga pelajar di SK USJ 2...

Terima kasih juga sebab sudi mendidik anak anugerah istimewa saya dan anak-anak syurga yang lain. Sangat berbangga dengan dedikasi guru-guru di sekolah ini.. Mungkin bukan di sekolah ini sahaja tapi juga seluruh guru-guru yang berada di dalam pendidikan khas... Tak tergambar rasa hati saya nak luahkan perasaan hati sebagai seorang ibu yang dikurniakan anak istimewa bila anak-anak seperti ini ditatang seperti anak sendiri. Harap-harap usaha murni semua guru-guru di dalam aliran pendidikan khas tidak berhenti setakat ini dalam usaha memberi pendidikan yang baik dan bermutu agar insan istimewa ini tidak tercicir...

Huhhhh... (bergenang air mata saya tatkala ini... sangat sedey... dalam masa yang sama turut berbangga punya anak istimewa...)




No comments: